Ramai antara kita yang mengemari keenakan Popia Basah, namun untuk mendapatkannya tidak mudah di sesetengah tempat. Nak membuatnya juga agak rumit dan memerlukan sedikit masa. Tapi, bak kata orang biarlah susah dulu asalkan hasilnya nanti berbaloi-baloi.. Lagipun, jika membuatnya dengan teknik yang betul pasti mudah dan menyeronokan. Cubalah, tapi jangan sampai putus asa...
Kulit Popia
Resepi kulit popia ini boleh menghasilkan 60 hingga 90 keping bergantung kepada kecekapan dan saiz yang anda hasilkan. Pastikan anda menggunakan kuali leper dan tiada kesan minyak pada kuali tersebut.
1 kg tepung gandum
4 1/2 cawan air
1 biji telur (telur putih sahaja)
5-7 sudu makan minyak masak
5 camca teh garam atau secukupnya
Cara Membuatnya
Masukkan air, putih telur, minyak masak dan garam kedalam mangkuk adunan dan kacau sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaulkan sehingga sebati serta pastikan adunan tepung tadi akan terbentuk seperti gam. Tutup adunan dengan kain atau kertas dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam.
Panaskan kuali dengan api sederhana kecil, ambil semuat tapak tangan anda dan sapukan adunan tepung bebentuk bulat ke atas kuali leper kemudian tarik keatas. Biarkan kulit popia masak dalam masa baberapa saat. Apabila tepi kulit popia terangkat sedikit, bolehlah diangkat.
Tip
Tebal atau nipis kulit popia bergantung kepada pekat atau cair adunan tepung yang anda uli. Semakin pekat adunan semakin nipis kulit popia tersebut.
Inti popia
Resepi inti popia yang di tuliskan disini berdasarkan selera saya, bagaimanapun anda boleh juga menambah bahan-bahannya seperti udang, ayam dan sebagainya untuk menambahkan lagi rasa. Anda juga boleh menggunakan resepi sendiri mengikut kesesuaian selera anda.
Bahan diperlukan
1 biji bawang besar (dimayang)3 ulas bawang putih (dimayang)
1/4 inci halia (dimayang)
3 sudu makan udang geragau (dikisar kering)
1 batang lobak merah (dihiris nipis)
1 biji sengkuang cina (dihiris nipis)
200 gram taugeh (dibuang akar)
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya
Cara membuatnya
Tumis bahan-bahan yang dimayang sehingga naik bau, masukkan udang geragau kisar dan tumis hingga sedikit garing. Masukkan lobak merah dan sengkuang cina gaul sehingga sedikit lembut, masukkan Taugeh, garam dan gula. Kacau sebati sehingga cukup masak.
Sos Popia
Rasa yang sesuai untuk sos popia adalah manis, sedikit masam, sedikit pedas dan terpenting terasa udang keringnya.
Bahan di perlukan
1 biji bawang besar dikisar halus
3 ulas bawang putih dikisar halus
3 senduk masak lada kisar/cili boh (pedas sos mengikut keperluan anda)
4 sudu makan udang kering/geragau yang dikisar kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
3 sudu makan gula merah
1 1/2 mangkuk air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit asam jawa
Tepung jagung untuk memekatkan sos
Cara membuatnya
Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau, masukkan lada kisar dan tumiskan sehingga garing. Kemudian masukkan udang kering/geragau dan tumiskan juga.
Masukkan sedikit air dan kacau rata. Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair, gula merah dan sebatikan. Masukkan air, garam, gula dan asam jawa kacau lagi biarkan mendidih. Setelah mendapatkan rasa yang anda kehendaki masukkan tepung jagung (telah dibancuh dengan air) dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang anda kehendaki.
Menyediakan Popia Basah
Untuk melengkapkan lagi penyediaan Popia Basah dan membuatkannya lebih enak dimakan beberapa bahan perlu ditambah padanya.
Bahan diperlukan
Kulit popia
Inti Popia
Sos
Kobis (dimayang halus)
Inti Popia
Sos
Kobis (dimayang halus)
Telur rebus (dihancurkan)
Kacang tanah goreng (ditumbuk/kisar)
Bawang goreng (sebaiknya dikisar)
Daun bawang (potong halus)
Cara penyediaan
Sapukan rata sos pada kulit popia, taburkan sedikit kobis, sedikit telur rebus hancur, kacang tanah dan bawang goreng. Letakkan inti popia kemudian gulungkannya.
Untuk benar-benar 'kick' sapukan sos keatas popia basah yang siap digulung dan taburkannya sedikit telur, kacang tanah, bawang goreng dan daun bawang.
Selamat mencuba....