Pisang Goreng Ranggup

Pisang goreng, makanan kegemaran ramai tidak mengira bangsa dan keturunan tua muda turut mengemarinya, lebih-lebih lagi pisang yang digoreng itu ranggup lagi enak. Pisang goreng juga menghasilkan pendapatan lumayan bagi penjaja-penjaja tepi jalan. Cara membuatnya pun mudah, cepat dan ringkas. Untuk mendapatkan rasa Pisang goreng seperti yang dijual kebanyakan penjaja, cuba resepi ini...

Resepi pisang goreng
Terdapat beberapa jenis pisang yang sesuai dan sedap untuk membuat Pisang goreng. Pisang yang paling popular dan menjadi pilihan penjaja adalah Pisang Nipah dan Pisang Tanduk. Namun anda boleh menggunakan pisang lain sebagai ganti seperti Pisang Nangka, Pisang Raja juga Pisang Berangan.
Selain pisang, resepi ini juga sesuai digunakan untuk menggoreng keledik, keladi, ubi dan pelbagai lagi yang dirasakan sesuai.

Apa yang menjadikan pisang goreng itu ranggup dan sedap dimakan adalah bahan bancuhan tepungnya selain pisang itu sendiri.

Bahan diperlukan
4 cawan tepung beras
3 cawan air
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit untuk warna
Garam secukup rasa


Cara membuatnya
Gaulkan semua bahan diatas sehingga sebati dan sedia untuk menggoreng.
Potong 2 atau 3 bahagian untuk sebiji pisang atau potong ikut keperluan sais yang dikehendaki (selain pisang tanduk). Celupkan pisang yang telah dipotong kedalam bancuhan tepung dan gorengkan kedalam minyak yang cukup kepanasannya. Bila gorengan pisang berwarna kuning kemasan  bolehlah diangkat serta dihidangkan..

Tip :
Tebal nipis salutan tepung pada pisang goreng bergantung kepada pekat atau cair bancuhan tepung, semakin pekat bancuhan semakin tebal salutannya.

Anda boleh menambahkan jintan manis atau bijan kedalam bancuhan tepung untuk sedikit kelainan dan menambahkan rasa.