Sate

Sate manis.... sate manis.... itulah antara dailog dalam filem Orang Minyak yang saya teringat bila makan sate. Sate sememangnya enak dan jarang ada orang yang tidak megemarinya. Mudah didapati kerana sate adalah makanan popular dan dikatakan setiap penempatan ada saja penjaja sate. Untuk membuatnya juga tidak lah sesukar mana, namun adunan dan sukatan rempah yang membezakan rasanya. Resepi ini mungkin dapat membantu untuk menyediakan sate kegemaran anda.

Resepi Sate
Sate yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah Sate Ayam, Sate Lembu dan Sate Kambing, namun terdapat pelbagai lagi jenis sate seperti Sate Perut, Sate Usus dan lain-lainnya.
Anda boleh menggunakan resepi ini untuk pelbagai jenis sate yang anda inginkan. 

Bahan
1 kg daging lembu/isi ayam
200 gram gula pasir atau sesuai dengan selera 
1 sudu makan garam atau secukup rasa

Bahan rempah (dikisar halus)
5 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
2 sudu makan serbuk kunyit


Cara membuatnya
Potong dadu/nipis daging, rendamkan dalam air sekurang-kurangnya setengah jam. Toskan daging yang direndam kemudian gaulkan rata bersama gula pasir, perapkannya setengah jam.
Pastikan dikisar halus bahan rempah dan gaulkan bersama daging yang telah diperap bersama gula tadi, tambah garam dan gaulkan rata. Perapkan lagi sekurang-kurangnya satu jam.
Cucuk daging dengan lidi buluh dan sedia untuk dipanggang 

Tip:
Bagi daging lembu atau kambing pastikan urat pada daging tersebut dibuang agar daging sate tidak liat semasa dimakan


Daging direndam dalam air bertujuan melembutkan daging tersebut. 


Rempah akan lebih meresap kedalam daging jika lebih lama diperap.